Happy chinese new year...
itulah ungkapan yang aku selalu dengar bila tiba saat itu... bunyi dentuman mercun di sana sini... macam raya kita pulak,,.. uuuhhuuh.. seronok mmg tak terhingga.( sebab dapat main mercun depan2) tapi aku paling takut bila ader singa menari-nari kat tengah org ramai... (fobia siot!!!) macam nak makan aku jerk... Yang paling best, adat org cina. dierorg akan bagi angpau pada sesiapa yang belum berkahwin even kite sudah pun berkeje... seronok bukan? Kalu bab makan pulak.. mcm2 lah.. terutama skali "mee tarik2+ sayur" . itu adalh makanan yang paling utama skali. lagi tinggi kita angkat, lagi tinggi tuah/rezeki kita dapat... lebih kurang macam tuh ler... Kita satu malaysia sentiasa merayakan apa perayaan tak kira bangsa ataupun keturunan... maklumlah 1 Malaysia katakan... (Bangganye aku jadi rakyat Malaysia)
Tradisi Tahun Baru cina
Kuih Bakul ialah simbol yang membawa tuah dalam menyambut tahun baru bagi kaum Cina. Di Lembah Klang harga sebiji kuih bakul dijual di antara RM9 hingga RM13 bergantung kepada saiz dan lokasi jualan.Menurut masyarakat Tionghua moden, kuih bakul dalam bahasa Mandarin hampir sama dengan perkataan yang bermakna tahun yang lebih tinggi terutama dari aspek pendapatan.
Kepercayaan itu menggalakkan semua penghuni rumah menghidangkan kuih bakul kepada tetamu selain amalan membuat kuih bakul sendiri sebagai menghormati adat resam dan tradisi masyarakat Tionghua.
Bahan utama untuk membuat kuih itu tidaklah sukar, cuma memerlukan beras pulut dan gula. Bagaimanapun, cara membuatnya agak rumit kerana ia memakan masa yang agak lama.
Langkah membuat kuih itu bermula dengan mengisar beras pulut menjadi tepung, kemudian direndam selama satu malam. Sebelum dicampur gula, ia perlu ditoskan sebelum diuli.
Hui Ming berkata, kuih bakul perlu dikukus agak lama iaitu selama 18 jam sehingga warnanya bertukar menjadi coklat. Setelah masak, ia perlu dijemur di bawah cahaya matahari seharian.
KIM Jee menyusun kuih bakul yang sedia untuk dijual di rumahnya di Kampung Cina, Kuala Terengganu, Terengganu.
LIMAU dan warna merah mempunyai simbolik yang cukup dalam kepada kaum Cina.
Pada pagi Tahun Baru Cina, kanak-kanak akan membawa buah limau atau kam yang bererti emas dan angpau iaitu paket merah berisi wang untuk ibu bapa dan anggota keluarga yang belum berkahwin.
Buah tangan itu atau pai nian, lumrahnya saling bertukar ganti tangan untuk berkongsi tuah pada pagi tahun baru.
Memberi angpau memang satu kewajipan terhadap mereka yang sudah berumah tangga untuk diberikan kepada mereka yang masih bujang tanpa mengira usia.
Mengikut adat orang Teochew di Pulau Pinang, limau diberikan dalam jumlah angka genap.
"Kalau saya terima empat biji limau, saya pulangkan hadiah kam dengan jumlah yang sama. Saya pernah terima angpau yang mengandungi duit syiling .40 sen semasa kecil. RM1.10 sen pun saya pernah terima. Tetapi kini, sememangnya kalau wang syiling, kanak-kanak kurang seronok apabila menerimanya.
"Sebenarnya, apa yang penting ialah pemberian itu untuk membawa tuah pada tahun baru," katanya.
Masyarakat Tionghua di seluruh dunia akan menyediakan rumah untuk sambutan tahun baru sebaik mungkin dengan memastikan ia dibersihkan pada satu tarikh istimewa sebelum tahun baru.
Pemilihan tarikh cuci rumah akan mengikut perkiraan kalendar almanak Cina dan bahan tradisi yang digunakan ialah batang buluh yang masih berduri.
Ia digunakan untuk mengemas sarang labah-labah di ceruk siling dan dinding sekeliling rumah.
"Dulu, batang pohon buluh inilah yang digunakan untuk membersihkan sawang dan habuk. Saya yakin pohon buluh ini ada kelebihannya iaitu untuk menjauhi keburukan. Buluh dipercayai berupaya menghalau nasib malang dan hantu yang tidak baik," cerita Ng.
Rumah yang dikemas untuk musim perayaan turut menjadi tumpuan keluarga yang ada ramai anak perempuan kerana pembahagian 'kawasan' dan waktu berkemas memendekkan lagi proses pembersihan dan tempoh masa untuk menyelesaikan kerja membersih.
|
| LIMAU kumkuat yang membawa maksud emas cukup sinonim dengan sambutan Tahun Baru Cina. |
Mengerat hubungan
Beberapa hari sebelum sambutan tahun baru, masyarakat Tionghua dilarang menyapu, mengemas atau mencuci rumah kerana diibaratkan seperti menyapu keluar tuah yang dibawa pada tahun itu.
Memang tidak dapat dinafikan air tangan ibu menyediakan juadah tradisional dan baru untuk majlis makan besar pada malam sebelum Tahun Baru Cina amat dinanti-nantikan.
Ramai yang enggan makan di restoran atau di hotel-hotel mewah walaupun ia boleh mengelakkan rumah ibu dan bapa menjadi kotor dan berselerak.
Kuih-muih yang dibuat bersama anggota keluarga secara bergilir-gilir mengikut pusingan rumah yang dikunjungi pada tahun baru, adalah pengalaman yang menyeronokkan selain dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Hari ini ramai yang dah balik rumah masing-masing.. Aku mungkin balik ari Jumaat ni sebab nak siapkan assigment yang leturer bagi...(sebenarnya malas nak study kat umah)Monyet kat kampus aku pun tau nak pergi beraya masuk dalam bilik aku..ish..ish..... oklah.. aku chow dulu... kita jumpa episode akan datang.. BYE-BYE!!!